Posts

Showing posts from January, 2010
Image
Aku Tinggalkan Dia Demi Allah Dengan nama Allah Sebaik-baik Pemberi Ganjaran ... Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana? Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga? Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku? Aduhai pria. Adakah kau yang tercipta untukku? Jawab pertanyaanku ini. Jawab! Kau takkan pernah dapat memberi jawapan Kerna jawapannya bukan di tanganmu Tetapi di tanganNya. Di tangan Tuhan kita; Allah Tuhanku dan Tuhanmu Gelisahku memikirkan dirimu Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku Aduhai pria Maafkan aku. Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu Jemput diriku pabila waktunya tiba Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia Akan kucipta cinta bersama Dia Sebelum kucipta cinta antara kita Jadilah dirimu kumbang yang hebat Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar "i've leave him for the sake of Allah" Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang Bilamana kita tinggalkan semua in

Biarkan Bayu Bertiup Duka,Teruskan Perjalanan Kita

"Langit tidak selalunya cerah, sulam malam tak berbintang, itulah lukisan alam, begitu aturan Tuhan," Indah lirik lagunya semerdu suara sang penyanyinya... Kita perlu menerima bahawa suasana alam sentiasa berubah-ubah,ada kalanya ceria dan ada kalanya muram. Namun,adakah dengan berubahnya suasana alam,pendirian kita juga mesti berubah?(ertinya berubah daripada keinginan untuk mencapai matlamat kepada perasaan malas yang akan membinasakan diri sendiri) Tahun baru Islam sudah beberapa hari berlalu dan umur kita pula semakin meningkat,sedangkan apabila bertambahnya peningkatan umur maka jangka hayat kita hidup di dunia yang sementara ini semakin hari semakin singkat. Entah esok,entah lusa atau mungkin dalam masa satu saat lagi kita akan dijemput oleh-Nya untuk kembali pulang. Dan tiada sesiapa pun mampu menghindarkan diri daripada kematian sebagaimana firman Allah : "Tiap-tiap jiwa akan merasai mati dan hanya makhluk jua yang mempunyai jiwa(roh atau dalam bahasa ilmu