CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Do You Like This Blog?

A Thousand Years – Christina Perri

Monday, September 6, 2010

˙·٠•●♥....SEORANG GADIS ITU....♥●•٠·˙


Seorang gadis itu ...
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
kasih untuk dirasa ...


namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya ...

seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...

dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya ...
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,

seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
da'ieyah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin....



Sunday, September 5, 2010

˜”*°•BICARA LELAKI & WANITA•°*”˜


Jika kelemahan lelaki dan wanita begitu diambil kira, pastilah kedua-duanya tidak hidup berpasangan. Namun, sudah menjadi fitrah serta tuntutan hidup bahawa lelaki dan wanita saling memerlukan. Justeru, wujudlah percintaan dan perkahwinan.

Perkahwinan yang sebenar serta bersih adalah antara lelaki dan wanita. Mustahil berlaku perkahwinan sesama lelaki atau sesama wanita. Hanya perkongsian hidup lelaki dan wanita saja yang menghasilkan zuriat untuk kelangsungan kewujudan manusia di dunia ini.
Satu perkara yang menarik mengenai perhubungan lelaki dan wanita dalam konteks suami-isteri, ialah lelaki selalu berbohong dan wanita sering menangis.

Mengapa hal sedemikian terjadi?


Menurut Pakar Runding & Kaunselor Profesional, Dr. Tajudin Ninggal, lelaki dan wanita memang selalu serta wajar berkomunikasi antara satu sama lain. Katanya, dalam berkomunikasi itu, ada beberapa perkara timbul.

Wanita bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar isteri. Sedangkan lelaki tidak pernah bimbangkan masa depan sehinggalah dia bergelar suami, katanya.

Secara berseloroh, beliau berkata masalah wanita memang bermula daripada lelaki. Beliau menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris yang mengandungi suku kata men, his dan guy yang berkaitan dengan masalah wanita. Sebagai contoh, menopause, mental illness dan menstrual pain, histerectomy dan guynaecologist.

Beliau turut menyatakan satu hakikat dalam ungkapan yang menarik, iaitu wanita berbohong agar lelaki berasa selesa. Sementara lelaki berbohong agar dirinya kelihatan baik.


Lelaki berbohong untuk kebaikan dan mahu bergantung pada seseorang. Mereka mengambil alasan ini untuk menyelamatkan diri dan meredakan suasana, jelas Dr. Tajudin.

Tambahnya, wanita menangis untuk menyelesaikan tiga perkara, iaitu membersihkan mata, mengeluarkan kimia stres dari tubuh dan sebagai tanda bersedih akibat perasaan yang amat tersayat. Perhubungan yang baik antara lelaki dan wanita amat wajar diwujudkan. Jika tidak, hilanglah seri kehidupan ini.

Untuk mewujudkan perhubungan yang baik itu, lelaki dan wanita perlu berkomunikasi dalam dua bahasa, iaitu `bahasa lelaki dan `bahasa wanita. Jika tidak, lelaki dan wanita akan terus saling menyalahkan, tambah beliau.


Ada beberapa perkara yang diperlukan lelaki dan wanita. Yang menariknya, jumlah perkara tersebut sama banyak, iaitu kedua-dua lelaki dan wanita memerlukan enam perkara.

Lelaki memerlukan kepercayaan, persetujuan, penghargaan, kekaguman, keizinan dan galakan. Wanita pula memerlukan perhatian, persefahaman, hormat, kesetiaan, pengesahan dan keyakinan.
Terdapat beberapa perkara yang kerap dilakukan wanita yang boleh menyebabkan lelaki berbohong serta merenggangkan perhubungan lelaki-wanita sebagai suami-isteri, iaitu berleter dan bertanya soalan remeh.


Lelaki memang tidak suka mendengar leteran dan soalan remeh. Semakin banyak dileteri dan ditanya, semakin dia tidak mempedulikan. Oleh kerana terus diasak dan bosan, dia pun berbohong untuk meredakan keadaan, jelasnya.

Selain itu, lelaki akan menganggap dirinya telah memberikan kepuasan penuh jika wanita tidak bertanya untuk meminta bantuan. Bagaimanapun, meminta bantuan perlu dilakukan dengan wajar. Jangan berselindung atau seperti mendesak. Wanita perlu meminta dengan berterus-terang, ringkas dan menggunakan perkataan seperti `Boleh tak?.

Seperkara lagi yang tidak boleh dinafikan ialah lelaki mampu menjadi penyelesai masalah. Ini kerana, otak lelaki berorientasikan penyelesaian, sedangkan otak wanita berorientasikan proses.

Semoga kerjasama antara lelaki-perempuan ini dapat melahirkan sebuah hubungan yang harmonis seterusnya membentuk keluarga bahagia.




Friday, September 3, 2010

Yang Menarik Mengenai Raya!


Salam semua..wah..dah lame jgak tiha x update blog ni kan..haha..busy laa kot yea..banyak sangat keje yg nak kene settle before cuti raya..sabor jew laa..

So,arini nak tulis laa cket..info yang tiha bace kt buku..even ni bukan laa original post,tapi xde salahnyer kalo nak share ngan korang2 sume..at least,mane yang x tahu tu,dapat laa jugak ilmu cket2 yea..hee..Nak citer ni..pasal hari raya laa kan..almaklumlah raya dah nak dekat..baru jew tiha rase kite start puasa hari tu,tup-tup dh tggal lebih kurang seminggu jew lagi bfore raya aidilfitri..kejaop jew kan masa b’lalu..Cuma tiha jew yang x sedar..haha..


Before tu,nak cakap laa kan sejarah hari raya ni sebenarnya b’mula masa Baginda Rasulullah mula2 b’hijrah ke Madinah..mas eb’hijrah tu lah Baginda tgk warga Madinah raikan 2 hari,hari kemenangan..hari kemenangan tu diorang raikan sejak zaman moyang2 diorg lagi..lame kot tu...~!!lepas tu laa baru Rasulullah gantikan hari kemenangan yg org islam Madinah raikan tu dengan Hari Raya Aidilfitri dan juge Hari Raya Aidiladha..bagi remaja,hari raya ni laa diorg amek kesempatan nak kumpul2 ngan family,selain kumpul duit raya laa kan..hehe..tapi,ade jugak laa plak yg anggap hari raya ni macam hari balas dendam..konon nya sebab dah lepas 30 hari b’lapar n dahaga & tahan sume2 lah mase bulan Ramadhan tu..ishk3..~

Kok yea pun korg nak hepi2,biarlah berpada2..jangan laa plak kite salah anggap konsep sambut raya yg betul.sebagai org islam,molek benor lah kalo kite ikut sunnah Rasulullah masa hari raya ni..jom tengok..!!


· BERSIHKAN DIRI

Naa..yg ni sebelum nak pegi solat sunat raya tu,korang mandi laa dulu yea..pakai pakaian yg terbaik yang korang ada..Baginda juga makan buah tamar dengan bilangan ganjil, (3,5 or 7)

· ZAKAT FITRAH

Baginda juga ada b’pesan,supaya kaum muslimin ni menyegerakan zakat fitrah..buat korang yg masi remaja tu,bayaran zakat ni mungkin mak n ayah dah settlekan kot..so,x payah risau sgt laa yea..

· SYUKUR

Paling afdal,korang keluar lah pegi solat sunat tu secara berjemaah..disamping bleh eratkan silaturahai,pahaka pun dapat bila korang banyakkan takbir (Allahuakbar) & bertahmid (ucapkan Alhamdulillah) sepanjang jalan nak sampau masjid tu.

· SOLAT

Baginda Rasulullah tunaikan solat sunat sebelum b’khutbah hari raya.Dalam solat Baginda bertakbir 7 kali pada rakaat 1st n 5 kali pada rakaat 2nd..pada rakaat 1st,Rasulullah baca Al-Fatihah & surah Al-Qaf..Rakkat 2nd plak,baca surah Al-Fatihah n surah Al-Aqmar..kadang2 baginda baca surah Al-A’la & surah Al-Ghasyiah.

· ADAB TERTIB

Rasulullah juga x mengerjakan solat lain before or after solat sunat hari raya.Dari Ibnu Abbas,beliau berkata “Sesungguhnya Nabi menunaikan solai Aid dua rakaat tanpa disertai solat lain baik sebelum mahupun sesudahnya..” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

· PAKAIAN TERBAIK

Kalau mampu,kita ni sebenarnya digalakkan pakai baju baru masa hari raya,maklumlah hari kemenangan kan. Dalam satu kisah pd zaman Rasulullah,seorang sahabat datang mengadu kepada Baginda, “Pada thn ini saya x dapat berhari raya kerana tiada baju baru’’..Rasulullah kemudian bertanya kpd beberapa sahabat lain agar sesiapa yg mempunyai baju baru untuk diberikan kepada lelaki tadi..

By the way, I wanna wish you guys & girls ‘Salam Aidilfitri..Maaf Zahir & Batin’




FaceBlog


~Dolly~