i'm not perfect....
Manusia di muka bumi Allah pada saat ni
tak ade yang sempurna,
mungkin ada masa yang kita tak dapat
nak duga, tak dapat nak jangka, suatu perkara yang kita tak ingini akan
berlaku,
kerana itulah manusia perlu memaafkan,
kerana akan datang satu masa balik bila kita perlu dimaafkan.
Hidup bagai roda, kadang-kadang kita
dekat atas, kadang-kadang dekat bawah,
masa kita dekat atas, kita tak perlu
bongkak, atau ego dan sebagainya,
kerana dugaan Allah boleh datang dengan
pelbagai cara,
sesungguhnya janganlah kita lupa yang
kita di sisi Allah berbeza dengan amalan, ilmu, ibadat kita, bukan warna kulit,
bahasa dan sebagainya.
Kerana itulah, perlunya sopan santun
dan budi bahasa, kerana kecantikan sebenar datang dari dalam hati.
Kita dikurniakan mata yang dapat
melihat, tangan yang dapat digerakkan, kaki yang dapat melangkah, telinga yang
dapat mendengar, lidah yang dapat merasa,
tapi ada juga yang masih tak bersyukur
denganNya,
sedang ada diantara kita yang
merosakkan diri sendiri,
ada juga yang diluar sana bertemu
dengan hidayah Allah.
Sungguh menakjubkan bagaimana
kanak-kanak British berumur 10 tahun bersemangat belajar agama kita, agama
Islam.
Bila tengok keadaan macam ni, kita
sedar bahawa ilmu yang kita ada ni sikitlah sangat, ada yang dah belajar, tapi
kita lupa, dan ada banyak lagi yang kita tak tahu,
saat inilah kita sedar yang kita perlu
perbaiki diri dari pelbagai sudut.
"I am not perfect, though I try to
improve and make amends, and I am sorry if you can't accept what I am and all
that I've done."
-Anonymous
#just sharing... :)
Comments