7 Perkara yang LELAKI harapkan SI GADIS tahu...!!!


Sedari hakikat ini, golongan gadis mudah menjadi mellow bila seseorang lelaki mendampinginya. Apatah lagi melayannya dengan mesra. TETAPI,tidak semestinya lelaki itu telah jatuh cinta kepadanya. Mungkin atas dasar persahabatan ,tetapi si gadis sering kali tersalah anggap. Opps..!! Malunya...~~So GIRLS!!This is the thing you should know..!!


i. KERAP MENGHUBUNGI BUKAN TANDA

JATUH CINTA

Q : “Tolong katakan,adakah saya kerap menghubungi seseorang gadis,ini bermakna saya ingin menjadikannya sebagai kekasih?”

Kesimpulan :Okay girls..itu antara kenyataan yang perlu di ambil peduli. Lelaki ada kalanya menghubungi hanya untuk bertukar-tukar pendapat,cerita,bertanya khabar atau mengisi masa terluang. Kerap menghubungi bukan beerti jatuh cinta. Sila jangan cepat perasan okay..!!Kalau mahukan kepastian,jangan segan-silu untuk bertanya dari terus berteka-teki..

ii. LEBIH CANTIK TANPA MAKE-UP!

Q : “Kenapa girls suka sangat tempek muka dia orang dengan macam-macam warna yang selalu buat diorang nampak pelik?”

Kesimpulan : Sedari hakikat ini,dengan solekan yang tebal di wajah,seseorang gadis itu kurang menampakkan keaslian dari segi kecantikan. Adakalanya ia Nampak fake! Oh,tidak..!!ini bukan yang diingini oleh seseorang lelaki kerana mereka lebih mudah tertarik dengan kecantikan semulajadi. Jadi,wahai gadis sekalian,hendak bersolek tu boleh,tapi biarlah berpada-pada. Mengekalkan keaslian wajah itu lebih utama. Serlahkan budi bicara dan sikap yang boleh dipuji serta menarik perhatian.

iii. TEGEDIK-GEDIK??? EXCUSE ME!!

Q : “Adakah tergedik-gedik dan over acting itu memang sikap semula jadi seseorang gadis?”

Kesimpulan : Lelaki paling tak suka dengan gadis bersikap sebegini. Sungguh menjelikkan! Tidak dinafikan gadis dalam usia remaja cukup gemarkan perhatian. Tetapi tolong jangan meraih perhatian dengan cara sebegini. Ada banyak cara lain untuk menarik perhatian lelaki. Antaranya tampil dengan pakaian yang menarik dan paling utama, sila serlahkan keanggunan yang perlu ada pada diri seorang gadis.

iv. TERLALU RISAU

TENTANG FIZIKAL

Q : “Rambut serba tak kena pun boleh moody, perut nampak buncitlah, paha nampak besarlah...macam-macam nak komplen..! Perempuan memang begitukah?”

Kesimpulan : Terimalah kenyataan bahawasanya bentuk fizikal sudah sedemikian rupa! Andai tak puas hati,lakukan perubahan. Lelaki cukup pantang mendengar rungutan dan bebelan tersebut yang dirasakannya umpama radio buruk!

v. BANGGA BERCERITA SOAL ‘ASET’

Q : Ada kawan perempuan yang tidak segan silu bercerita tentang saiz breast mereka. Perlukah bercerita soal ini di hadapan lelaki?”

Kesimpulan : Sikap penuh keterbukaan ini bukan membenarkan semua perkara wajar diceritakan. Kalau bab-bab ‘aset’ ini,nak bercerita sekalipun biarlah dengan kawan perempuan sahaja. Tak perlu dikongsi dengan kawan lelaki. Sebagai seorang gadis,perlu ada sikap malu terutamanya dalam hal-hal yang sedemikian.

vi. TERLALU SEKSI???

ISSHKK.....

Q : Girls ni memang suka show-off dengan berpakaian seksi ke? Berlumba-lumba nak tayang aset pulak.”

Kesimpulan : Memang betul..kalau terlalu seksi atau bergaya sebegitu yang tak kena dengan tempat,memang sahih nampak seperti perempuan murahan! Elakkan perkara sedemikian kerana setiap wanita perlu menjaga maruah masing-masing. Bila berpakaian seksi ini juga boleh mengundang perkara-perkara yang tidak elok seperti kes rogol. Tidak salah mahu bergaya, asalkan jangan keterlaluan.

vii. KEBANYAKAN LELAKI MENCARI GADIS

YANG BOLEH

DIJADIKAN PASANGAN

Q : “Bagaimanakah hendak mencari gadis yang benar-benar memenuhi impian?”

Kesimpulan : Ada lelaki yang bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian. Jika gadis yang sedang didampingi tidak sesuai dengannya, dia boleh bertukar kepada calon yang lain. Ini perkara yang logik yang perlu diterima oleh golongan wanita. Bukan paras rupa semata-mata, apa yang penting ialah hati budi dan akal fikiran calon yang didampingi.

Comments

Popular posts from this blog

Retak...~

Senyumlah di kala hati ingin menangis..