Apa Yang LELAKI perlu tahu tentang WANITA..!!

Salam sayang buat semua...for this time entry,i just wanna share some general yet not many of us especially the guys out there ever notice about this. Semua ni pasal perlakuan atau sifat2 wanita yang perlu kaum lelaki tahu. Yea lah, kadang2 ada jew yang bertanya or cakap kat tiha yang diorang ni x faham dengan perempuan. Well,untuk tu, cube lah bace post ni dulu. Moga2 korang yang bergelar lelaki tu lebih paham laa tentang wanita. Especially buat yang tengah bercinta tu. Elok sangat lah bace entry ni. Moga2 lepas ni korang lebih laa memahami aweks korang tu yerk. Renung2kan..


* SENSITIF : kaum perempuan ni memang x dinafikan kaum yang sensitive lagi2 bile tengah bercinta laa kan. Tetapi sifat sensitive yang ade kat kaum hawa ni bukanlah bermakna diorang suke merajuk,tapi hanya sekadar nak bermanja tak pun hanya nak dapatkan perhatian dari buah hati mereka jew. Bukab saje2 nak mengada-ngada

* Cerewet : yang ni pulak bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang kala Cuma ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala. Tak kan laa asyik perempuan je yang ikut kata lelaki. Tak adil laa kan..


* Halus : Kaum Hawa ni boleh diibaratkan seperti sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita mungkin dapat memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, tetapi biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran hidupnya. Tapi ini bukanlah beerti DENDAM. Hanya sekadar peringatan jew.


* Ikhlas : Yang ni memang aku nak tekankn sikit..kalau korang sume nak tahu,keikhlasan seorang wanita tak perlu diragui. Wanita pada dasarnya kebanyakan dari mereka sangat ikhlas dengan hati dan perasaan mereka. So,jangan lah nak ragu2 tak tentu pasal.


* Korban :Wanita juga sebenarnya seorang yang sangat tabah. Sejak dari zaman rasul-rasul terdahulu lagi pun kita dah banyak dengar cerita tentang ketabahan wanita. Bukanlah nak membangga diri,tapi inilah kenyataannya. WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.


* Prihatin : Wanita ni jugak,selain sangat tabah, mereka sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Ini menunjukkan wanita sangat prihatin terhadap apa saja yang berlaku disekelilingnya, terutama sekali yang melibatkan kehidupan peribadi mereka.


* Manja : Ok,seperti yang kita dapat lihat hari ini, dah ramai wanita yang berjaya dalam hidup mereka dengan cara mereka sendiri. Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum, iaitu shabat-sahabat mereka.


* Ego : yang ni aku suka sangat. Yea lah,kaum lelaki sekarang, ego tinggi sangat. Alih-alih mereka jugak yang rugi. Kalau korang sume nak tau ada kaum WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sampai sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Murni kan sifat ni? Lelaki sekarang, susah kot nak cari yang sanggup merendahkan ego mereka,even untuk awek diorang sendiri.


* Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Sekali mereka dah jatuh cinta, amat lah susah untuk mereka melupakan saat itu. Lebih-lebih lagi cinta pertama. Walaupun cinta pertama mereka tu bukanlah yang kekal sampai ke akhir hayat.


* Seks : Seks bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Walaupun dikurniakan NAFSU yang banyak dan namun ia tidak bermakna mereka hanya tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya. So, buat kaum Adam, anda diciptakan sebagai pembimbing buat kaum Hawa, jadi bimbing lah mereka ke jalan-Nya. Agar bahagia hidup dunia,akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Retak...~

Senyumlah di kala hati ingin menangis..